Friday, April 1, 2011

lesbian,pengkid and gay

Assalamualaikum &; Salam 1Malaysia

Mungkin entri kali ini agak aggresif berbanding dengan yang sebelum ini. Sengaja aku membuat entri kali ini lebih aggresif kerana melihatkan kehidupan masyarakat kini yang kian tenat dan parah. Kini dunia kita sudah kembali ke zaman arab jahiliyyah dimana isu pembuangan anak semakin menunjukkan belangnya dan remaja kini semakin berani dalam melakukan perkara sumbang ini. Dahulu di zaman arab jahiliyyah, kaum arab menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana ingin menjaga maruah keluarga dan kabilah (qabilah) mereka. Namun kini, remaja yang telah melakukan zina/seks membuang bayi hasil seks mereka di merata-rata tempat, bahkan ada yang membakarnya.

Isu masyarakat kini ialah seks bebas, timbulnya gejala gay yang makin berleluasa tanpa malu dan isu lesbian. Di sini, aku bukan nak menyatakan secara mendalam tetapi hanya membawa sedikit fenomena dan bingkisan kehidupan kini.
Segelintir ibu bapa memang diakui gagal mendidik anak dari segi agama sehinggakan anak-anak mereka bertindak diluar kawalan dengan bersosial secara hyper. Ingin dikatakan di sini, remaja perempuan yang sudah melakukan seks, merasakan mereka sangat hebat dan berbangga dengan status berkenaan. Sehinggakan ada yang sanggup menceritakan dan share video seks mereka dengan kawan-kawan. “Best dowh, nikmat sangat dapat rasa k***k… BF aku sporting giler”…. Itu lah antara reaksi yang aku pernah terdengar dengan telinga sendiri… Siyes… Mmg isu ini semakin parah, sehinggakan aku pernah terdetik di benak aku, “Begitu susah nak cari perempuan yang suci di zaman skrang”…



Benar jika ada ibu bapa yang mengawal anak mereka dengan tidak bergaul dengan perempuan (bagi anak lelaki) dan tidak bergaul dengan lelaki (bagi anak perempuan)… Tapi, gejala lain pula yang akan timbul… Gay, suatu fenomena yang bagi aku, ianya sudah menjadi isu normal dewasa kini. Terus terang aku katakan, aku bukan jenis yang anti-gay dan aku sekeras-kerasnya tidak mahu terjebak dalam dunia gay ini. Terlintas difikiranku mengenai firman Allah:

“Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia..” [al-A'raaf 7:189]
“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia. Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!” [Asy-Syuara 26:165-166]

Apapun hubungan seks yang kontra daripada kehendak Allah SWT maka ia adalah dilarang. Maka hukumnya adalah haram dan berdosa. Jesteru, diingatkn di sini, sesiapa yang berasa dirinya adalah gay dan lesbian, mohon laa fikir kn semula mengenai status seks anda itu… LELAKI DICIPTA UNTUK PEREMPUAN DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA. Fikirkan lah… Hidup ini tak nikmat kalau anda bersifat songsang… Nikmat songsang tu hanya sementara bahkan bukan kekal pon. Aku melihat sndiri kehidupan songsang kawanku. Couple sebulan dua, then clash atas sebab yang remeh… Kejap couple, kejap clash… Lagipon korang akan rasa tak selesa sebab terpaksa bersembunyi dari umum. Sekali lagi, aku bukan anti-gay / anti-lesbian… Aku sendiri pernah dipelawa untuk seks oral, pernah diganggu untuk mengadakan seks dan jugak pernah diundang join group gay… Alhamdulilah, rakan-rakan masih menasihati aku dan menjaga aku…

Ibu bapa melarang anak lelaki bawak balik perempuan ke rumah atau ke bilik… Macam mana pulak anak lelaki bawak balik kawan lelaki diorang??? Pernah terjadi, si A membawa balik kawan rapatnya si B ke rumah… dengan alasan nak study… So, mak si A automatik akan bagi sebab kawan lelaki anak dia, tapi dia tak menyangka anaknya itu songsang… Maka, si A beranggapan ibunya telah bagi lampu hijau untuk dia mengadakan seks dengan si B… Bermula perlayaran songsang mereka berdua di bilik si A tanpa masalah dikala malam menjelma



Persepsi masyarakat, jika lelaki memeluk & memegang tangan sesama lelaki, pasti orang akan beranggapan mereka adalah gay. Bagaimana pula dengan perempuan memeluk & memegang tangan perempuan? Urmmmm… Susah nak dipastikan sama ada perempuan itu lesbian atau x. Tak semestinya pengkid adalah lesbian. dan tak semestinya yang baik bertudung itu adalah normal.



Antara tempat membiaknya gejala ini adalah di asrama sekolah, terutama sekolah-sekolah yang mengambil pelajar satu jantina sahaja. Ia juga tidak terkecuali bercambah di sekolah-sekolah aliran agama. Pernah diceritakan oleh seorang pemuda umor dalam 20-an,  “Cabaran itu ialah minatnya dari sudut seksual kepada sesama lelaki (gay). Sepanjang hidupnya dia dididik bahawa wanita adalah haram bagi lelaki dan semasa zaman awal universiti, dia diliwat secara paksa beberapa kali oleh seniornya. Semua ini mengakibatkan dia mengalami konflik seksual yang sukar diselesaikan”.


Satu lagi, pendedahan aurat bagi lelaki dan perempuan. Yang dirisaukan hanyalah mengenai wanita yang mendedahkan aurat dan seksi menggoda lelaki. Perlu diketahui, lelaki yang seksi dan mendedahkan auratnya tanpa segan silu juga menyumbang kepada gejala tidak sihat ini. Di Facebook, Friendster dan Myspace kita sedia maklum bahawa dapat dilihat lelaki meletakkan gambar mereka yang seksi dan mendedahkan aurat. Ia bukan sahaja menarik minat wanita tetapi juga lelaki. Kebanyakan acara sukan juga cuai terhadap persoalan aurat lelaki.
Sebagai kesimpulan, anda sndiri yang mampu menilai siapa anda dan siapa rakan anda. Fikirkan lah mengenai kehidupan anda di dunia dan di akhirat kelak. Aku berkongsi pengetahuan dan ingatan ini untuk diri aku sendiri dan juga untuk kalian semua. Sekian…

http://myblog.myfirdaus.com/v2/persepsi-masyarakat-kini-adult-only/

No comments: