Wednesday, December 8, 2010

tarik tgnku ayah>>>

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu.

I September 1994.

Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut.
Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng - gelengkan kepala.
Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan,
kata saya di dalam hati.
Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.

” Bincang apa tu ?
Serius aku tengok,” saya menyapa.

” Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?”
kata Jaimi, kawan saya.

” Budak perempuan ?
Tak boleh keluar dari kubur ?
Aku tak fahamlah,” jawab saya.


Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ”
di kubur kat kampung Batu 10 tu,
ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia,
tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.

” Kenapa jadi macam tu ? ”
saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.
Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya...

Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan,
budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan.
Bagaimana pun,
ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

” Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak.

” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan.

Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal.
Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,
lemah jantung dan kencing manis.

” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar.
Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.

” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.

” RM 20 aja !” si gadis berkata.

” Tak ada ,” jawab ibunya.

” Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan,
gadis tersebut menyanggah, katanya,

” Ahhh… sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! ”

” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung ,
tapi belum pun habis kata-katanya,
si gadis memintas lagi,

katanya ; ” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu.
Si ibu jatuh ke lantai .

” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.
Wajahnya berkerut menahan sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.
Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes.
Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding.

Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar.
Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.
Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik.
Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut.
Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.
Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya ;
” Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi.

Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik,
tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur,
ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur.
Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.

” Tapi bila budak perempuan tu tolong,
mayat ibunya serta-merta jadi ringan.
Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.
Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,
tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat .
Ia seperti di paku ke tanah.
Si gadis mula cemas.

” Kenapa ni ayah ?” kata si gadis.

Wajahnya serta-merta pucat lesi.

” Apa pasal,” Si ayah bertanya.

” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.
Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.


” Ayah, tarik tangan saya ni.
Kaki saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal.
Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah.
Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

” Ayah… kenapa ni ?? !!

Tolonglah Saida , ayah..” si gadis memandang ayah dan
adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur.
Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah,
kaki si gadis tetap terpasak di tanah.
Tangisannya bertambah kuat.

” Tolong saya ayah, tolong saya…
kenapa jadi macam ni ayah?”
kata si gadis sambil meratap.

” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .
Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana,”
jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

” Emak… ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis .
Sambil itu di peluk dan di cium jenazah.
Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

” Maafkan Saida emak,
maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal…
Saida menyesal..
Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar.
Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.
Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa.

Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal,
imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.


” Kita kambus sedikit saja,
sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja…
kalau hujan macam mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

” Habis anak saya ?” tanya si bapa.

” Kita akan terus cuba tarik dia keluar.
Kita buat dua-dua sekali,
mayat isteri awak di sempurnakan,
anak awak kita selamatkan,” balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju.
Lalu seperti yang di putuskan,
upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,
cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.
Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur.
Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan.
Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.
Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar.
Tapi tidak berhasil.

” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan.
Dah lapar sangat.
Lepas itulah aku singgah ke kedai ni.
Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.

” Aku pun nak pergilah,” kata saya.
Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.
Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana.
Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ.
Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan
berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha,
akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan.
Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan
terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.
Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu.
Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

” Pssstt… Raie… Raie.. Psstt,” saya memanggil ,
Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

” Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.

” Mana boleh .
Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.

Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

” Sekejap aja.
Bolehlah…”saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah.
Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan
berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Namun demikian dada saya berdebar kencang.
Pertama ,risau, takut di halau keluar.
Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran,
akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan.
Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik.
Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau.
Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk.
Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak.
Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;
“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar,
saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”


Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak,
gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.
” Emak… lepaskanlah kaki saya ni.
Ampunkan saya, lepaskan saya,”
Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.
Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

” Sudahlah tu Saida… makanlah sikit nak ,”
rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.

Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.
Malah memandang ke atas pun tidak.
Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida .
Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah.
Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas ‘tunai’.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana.
Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu,
pegawainya mahu saya berbuat demikian.
Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.
Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap
” Ampunkan saya emak,
ampunkan saya saya, Ya Allah,
lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf…”

Lantas saya menoleh buat kali terakhir.
Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,
tapi seperti tadi, tidak berhasil.
Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam
kepungan lengkap dengan senjata masing-masing.
Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk
membuat liputan tetapi tidak di benarkan .
Mereka merayu bermacam-macam cara,
namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam,
akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.
Saida masih begitu.
Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata.
Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.


Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan
mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati.
Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa.
Namun telah di sebutkan Allah,
menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.
Saida tetap tidak dapat di keluarkan.

Embun mula menitis.
Saida kesejukan pula.
Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung.
Namun dia tidak dapat tidur.
Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya.
Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu.
Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka
puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.


Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.
Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar
kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum.
Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung…
sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir,
barulah tubuhnya dapat di keluarkan.
Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang.
Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai,
tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka. 

http://www.haticlassic.blogspot.com/ ~~~

Wednesday, October 27, 2010

tips bercakap depan orang.....

salam dan selamat pagi...
huhuhu hari ni aku bgn awal...solat jap dan berzikir di pagi
yang serba indah ni...
so tetibe jer aku rasa sayu...sb lamer sgt x bgn pagi...
oooo...sedih huh
oklah pagi2 ni nk share tips nk membebel kat depan orang...
sebenarnye kul 11 ni aku de oral ...nk bercakap secara spontan
bahasa arab..so secara tidang langsungnya aku beridea untuk post entry ni....
awalnya aku nk tulis tips cakap dlm bhsa arab,tp memandangkan x de spe view nnt 
so aku tulis dlm bhsa sankrit melayu...
kelas gitu kan....
ok bro  tanpa membuangkan masa 
jom tgk............
---------------------------

1)korang bila nk membebel atau nk bg ucapan mestilah tau ape tema majlis 2...
kalo tema majlis 2 rasmi so kena la ko gunakan ucapan rasmi...jgn wat selamba badak jer...
mnympah aku kalo org x tau prosuder ni,..jelik

2) kena tgk gak penonton 2 kelas mcm ner...kalo versi mak nenek kat kmpung punyer xyahlah
ckp power2 sgt...aku pernah ikut rombongn doktor pg bg penerangn kat kampung orang asli 
..dorang nk suh makcik dan pkcik kmpung ni supaya merncang keluarga...tp doktor 2 punyerlah canggih 
guna ayat bombastik sampai ternganga makcik 2..siap gunakan istilah sains..mendelh doktor ni.
nk jer aku pg tnye doktor 2 
..dulu awak x belajar ke cara nk bercakap kat depan org..????

3) ni kalo yang jenis pemalu tahap dewi ni...tips die senang jer..anggapla penonton 2 semua
lembu dan kambing....so korang x perlu malu membebel depan orang...
dulu waktu aku sekolah dulu aku pun pkirlah semua penonton ni kambing...sekali cikgu aku pun
ade gak jd penonton...
so bila balik sekolah aku selalu terbayangkan cikgu aku 2 kambing..huhuhu
salahkah aku ???? 

  hehehe ngee


2 jerla tips yang ade...kalo de penambahan nnt aku tmbah...
sebarang cdgn boleh dikomenkan sekarang....hihihi

Monday, October 25, 2010

part 6.....merajuk ngn bapak....

salam 1 malaysia...dan salam ukhwah...
hari ni aku x berapa sihat..
br lpas treatment..biaselah ujian dari allah...
so aku kenala bersyukur dan bersabar atas ujian...

ok.tajuk kali ni ialah cte aku merajuk ngn bapak aku..
sebgaimana yang korag tau aku ni ank kesayangan..so aku rapat ngn bapak...
pegi mancing samer2,
mencangkul kat bendang2 samer2..
pg kebun samer2...
naik moto same..
cari uban bapak aku...
pcit badan dia....
so aku sgt baik ngn bapak...
kadang2 adik beradik aku pun jeles tgk aku rapat ngn bapak...
heheheh pedulilah..
so pada suatu hari 2 ketika umur ku 9 tahun...
ketika bapak aku balik dari rumah makcik aku ,aku pun ngn poyonya
panjatla moto bapak aku.
kebiasaan lepas bapak balik ,dia bawa aku jalan2 keliling kampung..
tp tgu punya tgu bapak aku biarkan jer aku  tunggu atas moto..
xnk bawak jalan2...aku pun cerdiknya statlah (hidupkan) moto 2...
sekali gear moto 2 masih tidak difreekan ...ape lagi  jadi ultramentla aku...
huhu melambung jer badan aku yg solid 2....
...gedebukk..hambik kau. jatuh atas tanah..sakit giler..renyuk tulang aku..

pas2 bapak aku datang,entah ape anginnya dia bukan nk tolong angkat aku,,
tp siap marah2 lagi...cakap gatai sangat panjat moto...
kan dah tergolek...paan muka aku...huhu
umur 9 tahun mnelah aku tau ape2


huh aku ape lagi bile bapak cakap cm2..
sedih x terkata..so aku pun bungkuslah 2 helai bju ngn seluar...
ambil sikit nasi buat bekal nk larikan diri...
curik duit kakak aku 3 ringgit...
dengan sedihnya aku  pun bawa diri ...bawa hati yang lara


heheheh bukan pegi mne pun ,aku pg dusun bapak aku...
p masuk dlm pondok...ngs sorang2..
sedih x terkata..sampai hati bapak marah...
aku pun fikirlah mcm ne nk hidup sorang...
siap cari buluh n wat pancing ikan...
nk makn mlm ni.....sedih sgt...aku ngs sorang2...


...sampailah ptg 2 ....'waktu aku tgh tdo kat pondok...
aku rasa mcm bayang2 org kat luar...
tetibe aku nampak mak ngn bapak aku dtg...
siap bawa pinggang nasik lagi...
huhuhu aku pun nk larik la...tp bapak aku terus tangkap n peluk aku...
dia ckp ...adik ,awt hang lari..ayah sayang hang...toksah wat cmtue lagi...
pastu aku pun ngs la....peluk la bapak kuat2...
...rindunya aku saat 2....
...tetibe ngis lak aku waktu menaip ni....huhuhu..
sedih wuuu



**** dady,adik rindu ayah...tenang yer kat sana yah....alfatihah...

Thursday, October 21, 2010

cinta lagi..

kisah ni seribu kali dah aku baca..
tp adela nilai estitika...
bcela korang....

Renung-renungkan

Suami saya adalah seorang jurutera,
saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan
saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati
saya ketika bersandar dibahunya.
Selama 3 tahun dalam masa perkenalan
dan 2 tahun dalam masa
pernikahan, saya harus akui bahawa
saya mulai merasa letih, lelah,
alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang
menjemukan. Saya seorang wanita yang
sentimental dan benar-benar sensitif
serta berperasaan halus. Saya
merindui saat-saat romantis seperti
seorang anak kecil yang sentiasa
mengharapkan belaian ayah dan
ibunya. Tetapi, semua itu tidak
pernah saya perolehi. Suami saya
jauh berbeza dari yang saya
harapkan. Rasa sensitifnya kurang.
Dan ketidakmampuannya dalam
menciptakan suasana yang romantis
dalam perkahwinan kami telah
mematahkan semua harapan saya
terhadap cinta yang ideal. Suatu
hari, saya beranikan diri untuk
mengatakan keputusan saya
kepadanya,bahawa saya inginkan
penceraian. "Mengapa?"Dia bertanya
dengan nada
terkejut."Siti letih, Abang tidak
pernah cuba memberikan cinta yang
saya inginkan."Dia diam dan
termenung sepanjang malam di depan
komputernya, nampak seolah-olah
sedang mengerjakan sesuatu, padahal
tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah,
seorang lelaki yang tidak dapat
mengekspresikan perasaannya, apalagi
yang boleh saya harapkan
daripadanya? Dan akhirnya dia
bertanya."Apa yang Abang boleh
lakukan untuk mengubah fikiran
Siti?" Saya merenung matanya
dalam-dalam dan menjawab dengan
perlahan."Siti ada 1 soalan, kalau
Abang temui jawapannya di dalam hati
Siti, Siti akan mengubah fikiran
Siti; Seandainya, Siti menyukai
sekuntum bunga cantik yang ada di
tebing gunung dan kita berdua tahu
jika Abang memanjat gunung-gunung
itu, Abang akan mati.. Apakah yang
Abang akan lakukan untuk Siti?"Dia
termenung dan akhirnya
berkata,"Abang akan memberikan
jawapannya esok."Hati saya terus
gundah mendengar responnya
itu.Keesokan paginya, dia tidak ada
di rumah, dan saya menenui selembar
kertas dengan coretan tangannya di
bawah sebiji gelas yang berisi susu
hangat yang bertuliskan. ..

Sayangku, Abang tidak akan mengambil
bunga itu untukmu, tetapi izinkan
Abang untuk menjelaskan alasannya."

Kalimah pertama itu menghancurkan
hati
saya. Namun, saya masih terus ingin
membacanya.
"Siti boleh mengetik di komputer dan
selalu mengusik program di dalamnya
dan akhirnya menangis di depan
monitor,Abang harus memberikan
jari-jari Abang
supaya boleh membantu Siti untuk
memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci
rumah ketika Siti keluar, dan Abang
harus memberikan kaki Abang supaya
boleh menendang pintu, dan membuka
pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di Shopping
Kompleks tetapi selalu tersasar dan
ada ketikanya sesat di tempat-tempat
baru yang Siti kunjungi,Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke
satu lot kedai yang lain mencarimu
dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan
sewaktu teman baik Siti datang
setiap bulan, dan Abang harus
memberikan tangan Abang untuk
memicit dan mengurut kaki Siti yang
sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan
Abang selalu risau Siti akan menjadi
pelik. Dan Abang harus membelikan
sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
di rumah atau meminjamkan lidah
Abang untuk menceritakan hal-hal
kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer,
membaca buku dan itu tidak baik
untuk kesihatan mata Siti, Abang
harus menjaga mata Abang agar ketika
kita tua nanti, abang dapat menolong
mengguntingkan kukumu dan
memandikanmu. "

"Tangan Abang akan memegang tangan
Siti, membimbing menelusuri pantai,
menikmati matahari pagi dan pasir
yang indah. Menceritakan warna-warna
bunga
yang bersinar dan indah seperti
cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan
mengambil bunga itu untuk mati.
Kerana,
Abang tidak sanggup melihat
airmatamu mengalir menangisi
kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai
orang yang boleh mencintaimu lebih
daripada
Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang
telah diberikan oleh tangan, kaki,
mata
Abang tidak cukup bagi Siti. Abang
tidak akan menahan diri Siti mencari
tangan, kaki dan mata lain yang
dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas
tulisannya dan membuatkan tintanya
menjadi kabur, tetapi saya tetap
berusaha untuk terus membacanya
lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai
membaca jawapan Abang. Jika Siti
puashati dengan semua jawapan ini,
dan tetap inginkan Abang tinggal di
rumah ini,tolong bukakan pintu rumah
kita, Abang sekarang sedang berdiri
di luar sana
menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati,
sayangku...biarkan Abang masuk untuk
mengemaskan barang-barang Abang, dan
Abang tidak akan menyulitkan
hidupmu. Percayalah, bahagia Abang
bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang
pintu yang terkatup rapat. Lalu saya
segera berlari membukakan pintu dan
melihatnya berdiri di depan pintu
dengan
wajah gusar sambil tangannya
memegang susu dan roti kesukaan
saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang
yang pernah mencintai saya lebih
dari dia mencintai saya. Itulah
cinta, di saat kita merasa cinta itu
telah beransur-ansur hilang dari
hati kita kerana kita merasa dia
tidak dapat memberikan cinta dalam
kewujudan yang kita inginkan, maka
cinta itu telah
hadir dalam kewujudan yang tidak
pernah kita bayangkan sebelum ini.

Friday, October 15, 2010

buntu...keajaiban dunia

Sailing Stones @ Death Valley, California

Misterius batu-batu bergerak penuh sesak di padang pasir lmpur Death Valley telah menjadi sebuah pusat kontroversi saintifik untuk berdekad lamanya. Berat batu-batu ini  sehingga beratus pound boleh bergerak sehingga beratus ela pada satu masa. Beberapa ahli sains pernah mengusulkan bahawa satu gabungan angin kencang dan permukaan ais boleh menjelaskan pergerakan misteri tersebut.

Bagaimanapun, teori ini tidak menjelaskan bukti permulaan pergerakan batu-batu ini berbeza iringannya dan bergerak pada kadar-kadar berbeza dan dalam arah yang  berbeza. Lagipun, pengiraan fizik tidak menyokong sepenuhnya teori tersebut kerana kelajuan angin adalah ratusan batu/sejam, amat diperlukan bagi menggerakkan beberapa batu yang berat itu.







Lubang biru adalah juraian sangat besar dan mendadak ke bahagian dalam air laut yang mendapat nama daripada 'malam dan rasa takut' Warna biru itu jelas dilihat daripada atas - hasil hubungan dengan perairan sekeliling. Ia boleh jadi beratus kaki dalamnya dan penyelam-penyelam berupaya meninjau sesetengah daripadanya. Mereka berpendapat sebahagian besar kawasan dalam laut itu kosong oksigennya yang mengakibatkan kehidupan di situ tidak dapat hidup, maka menyebabkan manusia menganggap kawasan itu ngeri dan menakutkan. Beberapa lubang biru, bagaimanapun, mengandungi fosil yang purba yang kekal dan diawet secara semulajad.

Thursday, October 14, 2010

hoho.. sooo real of story my childhood. thank sister coz remind me with that touching n cheerful story.

Bismillahh..wah tiba2 lak kan memulakan entry ni ngn lafaz mulia ni..ttakperla kan,...elok la tuu..drpada mula ngn benda2 merapuu

jadi kali ini adalah mengenai kisah...dlm erti kata y len, aku nk bercerita mengenai kisah hidupku masa zaman dahulu kala....sbb aku da hidup lebih 24 tahun, alhamdulillah, maka aku rasa kena ada banyak part aku nk kisahkan..samada korang suker ke tk suker keee....aku nk citer jugakk..citer ni tkder penulis skrip,tkdak pengarah..oleh y demikian, aku pakai letak jerlaa..tk ikut kronologi ponn..letak suka suki hati..


kenangan paling lama aku rasa aku igt la kann..ialah myb umo aku dlm lingkugan 3-4 tahunn..masa tuh, kt umah aku ada tv besoo..tk igtlaa ada kaler ke tak agi tv tuh..tapi rasanya da ada kaler kott..tv tu terletak dalam kabinet besoo..leh la muatkan aku y masa tuh slimmm agi dalam ruang tu..aku selau jugak tengok tv kan..dh namanya ada tv, kalo tk tengok, muhong besar laa..

dalam banyak2 bnda aku tengok, aku paling terliur tengok iklan kfc n buah epall..yerlaa..org miskin cm aku nih, tgok gmbar epal..rasa meleleh2 air liurrr..dengar lak derang makn..kruppp kruppp kruppp..rangup gilaaa..rasa nk pengsan jeee...sedap woooooo...lom agi iklan kfc..tengok ayam tu meggebu..perghhhhh...basah lantai ngn air liurrr..kiranya malam2 mesti terigau kan epal n kfc laaa...best tuhh kalo leh makannn...

satu hari tuu...eh, aku sebenarnya tk pasti mak aku pernah bagi aku makan ke tak kfc ngn epal tu..memori tk berapa clearr...tp rasanya tk la kot...sbb kuarga kami ni susah..lalu dkt umah org pun, pakat2 tutp pintu..cehh..mcm aku hingin sangat masuk umah derangg...

satu hari tu..(ulang balik), aku nmpklaa sorang sepupu lelaki aku..dia ada anak pompuan, kecika gi rr budak tu..my umo kurang setahun dua dr aku..dak tu tgh makan epalll...krupppp..kruppp..kruppp..rangup ...epal tu besar..kaler merah kuning..sedapnyeee....aku masa tuh, igt agi aku pakai t shirt buruk kaler kelabu ngn kain kurung y aku gulung2 singkat sebelah..comot gilaa..maklumlahhh...baru sudah kutip buah getah, nak men pokk-pokk ..pokk-pokk ni, permainannya mudah jaa..kena hempuk buah getah tu guna tapak tangan..kalo keras sgt, letak je buah tu celah peha...prakkkkkkk..pecahh..bukan sluar y pecah...tapi buah y pecahh..bukan buahhhh sebarangannnnn..buah getah laa..aiyakkkk...blue plak d situu..kena tgok laa buah sapa y pecah..kalau buah sndiri y tk pecah, kira dah menang laa..n lagi best kalo da menang, ngn idong kembang, leh agi cakap..nak amik buah muuu..g buat gulaiii"..perghhh..bisaa...dah buleh wat ayat lagu tu, kira cm best gilaaa laaa..da menang la katakan...selalunya kalo nk menang..mesti cari buah getah y benar2 berkualiti..

korang igt permainan ni sebarangan???nowayyy...tidak..tidak..kami masa kecik2 lagi dah dilatih untuk mencari buah getah yang berkualiti tinggi, y sesuai mengikut kriteria2 y ditetapkan, supaya leh menjuarai game pokk-pokk.seeloknya buah tersebut mestilah buah y baru meletup..meletup dr sarang buah laaa..dia bunyi kelepapp..kelepappp..buah ni pulak cuma ada time musim panas jaa..kalau hujan, manalah buah nk cukup kering kann..pastu, buah ni kalau buleh, nak y bulat kecik..permukaannya berkilat ala2 beminyak..n ada kesan putarann..wah..kalo dapat y mcm guli tuu..kira best laaa..dah leh jadik juara laa..tapi ada gak y hampeh2..abang2 aku selalu main tipu..abih seplastik buah getah aku kena pecah sbb dia guna guli batu...bengongg..dia sorok dlm tapak tangan..sungguh penipu n tak adilll...

aikkk....jappp jappp..kenapa lak ada kisah buah getah disini???bukankah tujuan asal aku adalah hendak menceritakan mengena buah epal yang ku lihat dimakan oleh anak spupu aku???tulaahh korangg..bukan nk stop kan akuu..berbalik kepada kisah asal...

masa aku tengok dia makan tu, rasa air liur aku berkumpul jee..kejap agi nk meleleh nihh..da tk kisah dh buah getah y ada dlm gulungan kain tuu..londeh pun londeh laaa...setiap gerak geri jari dan tangannya serta mulutnya aku perhatikann...setiap kunyahan demi kunyahan aku amati tanpa sebarang kerdipan mata..wah, nmpak sgt kau kebulur time tuu..buah epal tuu..negara omputih je ada buah tu time tu..tiba2................................


pukkkkkkkkkk...dia lempar buah tu ke tanah...buuurrrppppppppppppppppp...dah kenyang dah anak sepupu aku tuhh..aku ushar buah tuuu..nmpak baru je dimakan, ada banyak agi bahagian y belum terusik..aku berjaga2, takut2 ada ayam y nak menyambar rezeki aku..bila dia blah ja, terus aku amik..aku basuhh bersih2 n aku potong ngn pisau bahagian y dah dimakan tu..tibalah saatnya y aku nanti2kan...

krupp..kruppp..kruppp...oohhhh..lazatnya n indahnya waktu ituu...sedap sungguh nohhh..taktau laaa..org miskin cm aku, dah rasa bahagia gila dah bila dpt makan buah epal tu walaupun ianya dah jadi smpah..

suddenly aku terperasankan bahawa buah epal tu ada biji...ada bijik????what, ada bijikk?????taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..tiba2 aku dapat idea y aku bajet gila genius laaa..org kata, pokok boleh ditanam guna biji buah..so..aku pun kutipla biji buah epal tuu..aku pon tanam kat sebelah luar umah..besarlah harapan aku supaya buah tu tumbuh ngn sihat dan segar..dan akhirnya membuahkan hasilnya iaitu buah epall...

hari2 aku p ushar kt tmpat aku tanam buah epal tuu..ishhh..awat tk tumbuh2 agii..aku pon p tanya kt mak aku..mak aku kata..mana ada buah epal tumbuh kt mesia nii...masa tu kami pon tktau pasal cameron ni..kalo tk, sure aku da bangkang statement mak aku..aku tanya laa kenapa..mak aku kata,pokok ni tumbuh kt tmpat y ada salji...

wuarghhhhh..sedih siottt..tiba2 aku dapat ideaaa..apa kata aku bubuh ais je kt atas tanah tmpat aku tanam tuhh...kiranya abih cerdik laaa aku nii..maka, mulalah kerja separa sewel aku tuu..kutip ais n letak atas tanah y aku tanam epal tu..malangnya smpai sudah pokok tu tk tumbuhh...lepas tu, aku pon da surrender laa..da tkmau lagi tanam pokok epaall..

hehehehe....tu jerlaa kisah aku n buah epall...ada elemen sedih, bengong n lucu...aku ada gtau kt suami aku..terus digelak2nyaa..he said, "if i see u put the ice on the ground to make it grows up, sure i will not marry u..kind of maddnes" huwaaaaaa..sedihhh oo..now, tengok epal pon da tk lalu...gua da tk heran okeyyyy..hehehe..riak japp..kikikiki



.ni kisah akak aku.....sedih kan...kisah aku pun lebih kurang jer

Wednesday, October 13, 2010

kisah yang membuatkan air mataku mengalir

salam dan selamat malam...
aku sering saja mengeluh kerana terlalu banyak kerja...
aku belum lagi menjadi guru...namun sudah terlalu lemah berhadapan dengan semua ini...
...


titipan kisah yang menyentuh hatiku...


 aku dapat email me dari kawan.....amat menginsafkan......


Janji ! anda jangan menangis...
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya
cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

sebagai iktibar

Remaja syahid di jalan Allah

  • 0diggs
Kisah benar yang diterima kami. Untuk renungan kita bersama.
******************
Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.
Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.
Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.
Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.
Ketika selepas solat Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.
Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.


PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? Sama-sama kita renungkan.
** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling. wassalam