Friday, March 23, 2012

selawat di pagi jumaat


marilah berselawat...

Selawat – Siti Nurhaliza 

Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam

Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam 

Tola'al Badru 'Alainaa
Min Thaniyaatil Wadaa'ii
Wajabas Shukru 'Alainaa
Maa Da'aa Lillaahi Daa"ii 

Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam 

Ayyuhal Mab'uthu Fiinaa
Jiktabil Amril Mutoo'i
Anta Ghauthuuna Jamii'a
Yaa Mujammal Lattibaa'i 

Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam 

Anta Syamsun Anta Badrun
Anta Nuurun Fauqo Nuuri
Anta Syamsun Anta Badrun
Anta Nuurn Fauqo Nuuri 

Anta Ikthiiruw Waaghooli
Anta Misbaahus Suduuri
Anta Ikthiiruw Waaghooli
Anta Misbaahus Suduuri 

Monday, March 19, 2012

@ Dalam sedih ada kegembiraan...Allah maha adil...

salam...maaf lambat update*perlu ke minta maaf...heheheh
hem,tanggal 15 mac kami kumpulan cg farhana dan fannan telah
berentap dalam arena nasyid feseni 2012 di dewan tunku canselor DTC universiti malaya k.lumpur...

terlalu banyak kenangan yang pahit dan manis yang telas digariskan semasa
festival berlangsung....latihan feseni bermula sejak bulan 1 lagi...
alhamdulillah semasa latihan banyak sangt perubahan yang sangat la bgus...
ucapan jutaan terima kasih kepada pengemudi CG iaitu abg andy dan abg hardy
yang sentiasa membantu....

ketua kumpulan CG iaitu fazrina dibntu alif amat komited dan bersungguh
bagi memastikan CG terus berkualiti di mata peminat2 nasyid...
keadaan ini bertambah cemerlang kehadiran Rasyidah rahim dan nuzul muslim selaku solo
yang amat penting dalam memperbetulkan nyanyian kumpulan CG..

akhirnya semasa kumpulan CG diumumkan mendapat tempat ke 4 dan 5
jujurnya kami amat terkejut,dan hampa...sungguh berduka lara,,,
tetapi hati ini cepat2 memujuk bahawa allah pasti akan menggantikan dengn lebih baik lg..
kekecewaan ini sebenarnya berasas kerana kami merasakan bahawa kami berhak untuk mendapat tmpat yang lebih baik lagi..
kami kecewa kerana tidak diberikan alasan yang konkrit oleh pihak juri..
apakah salah,silap kami...supaya dibetolkan pada masa hadapan...

kami berfikir,kenapa,mengapa dan bagaimanakah mereka boleh berjaya...
boleh memikat hati juri...
ahhh sebenarnya itulah permainan syaitan,..
benar2 membuatkan ht kami  kacau...
lantas fikiran kami mula tenang..aku berdoa supaya allah ampunkan kami...
redha dengan ketentuannya...
dan aku mula seperti dulu..optimis dan kembali tersenyum....

tanggal 17 mac ptndingn nasyid ipt FINAS..alhamdulillah,
allah mengurniakan kembali motivasi diri..dan kami muncul juara dan naib juara...
memang mengubat jiwa...
sungguh allah maha adil dan maha penyayang...
benar kata orang...apabila kita redha drpd berduka tntg sesuatu yang kita ingini maka
allah akan memberikan ganjaran yang lebih bernilai....
kepada rakan2 thniah...dan bersyukurlah kepadaNYa..aku masih seperti dulu...
sayang kamu semua....

opss blom habis lagi...disini aku ingin nasihatkan kepada diriKu dan adik2 juniorku supaya

1)sering ucapkanlah terima kasih kepada mereka yang sudi mengajar kita..
2)jgnlah kita sombong dan terlalu yakin pada diri...selalu muhasabah diri..tnduk padaNYa...
3)jagalah pergaulan.perkataan agar tidak menyakiti hati orang lain...
4)jangan terus menyalahkan orang lain sekiranya mendengar drpd suatu pihak..
5)taat pada pemimpin..jgn cepat komplen..

sesungguhnya orang yang terbaik adalah orang yang sentiasa menghargai orang lain...
kurangkan ketawa lebihkan senyuman,...kurangkan lagha lebihkan dakwah...bantulah orang yang memerlukan..terima kasih...

gambar2 feseni (15 mac 2012)

























 keputusan penuh :

 1) azzahran (kolej kediaman ke 7)
2) suara pendeta (kolej kediaman ke 11)
3) permata zaba(kolej kediaman ke 7)
4)CG fannan(kolej kediaman ke 12)
5)CG farhana (kolej kediaman ke 12)

solo terbaik :  CG farhana kolej kediaman ke 12

video :  tgk kat SINI yer.tempat ke 5 
           ke 4
           ke 2
           pertama

finas (17 mac 2012)




keputusan penuh : pertama CG HUSNA (UM)
                             kedua  CG FANNAN (UM)
                           ketiga  PENDETA (UKM)


tahniah...huhu salam..

Sunday, March 11, 2012

sekitar demam feseni nasyid 2012..

lagi 4 hari rs nerves gila....
hari ni cg main badminton...
pastu menjahit...huhu penatnya....

ok layan dulu gmbar2 cg...dalam riadah dan latihan...



gmbar bersama aimi.,....



sesi latihan



















Monday, March 5, 2012

cinta untuk kamu...untuk aku...biarkan saja...

salam...dan sejahtera...
kamu baik2 saja kan...
hebat btol kamu....dlm delusi atau fantasi...
bodoh....

kamu tahu kan...aku sayang kamu...
aku cinta kamu...aku ingin kamu tau walau dimana kamu berada...
aku ada untuk kamu....
aku x minta kamu sayang aku begitu...
tp sygilah diri kamu...lakukan yang terbaik untuk kamu...
usah menyakiti htmu dengan perasaan iri hati lagi...
kamu tahu kan aku punya harapan besar pada kamu....
kalau bukan kamu siapa lagi pewarisku...
siapa lagi yang akan menghidupkan cinta ini....


kamu tahu kenapa aku seringkali mengikuti mu
kamu tahu kenapa aku sering disisimu tika mu tiada keyakinan
kamu tau kenapa aku sering memerhatikanmu tika kamu mengangis..
dan adakah kamu tahu...kamu sentiasa di hatiku...
cintaku padamu terlalu tebal sehingga tidak mampu lagi kuluahkan...
dan cintaku tak akan meminta kamu membalasnya dengan intan berlian...
cukuplah kamu mengerti mengapa kamu disini...
apa tggungjawabmu...
dan apa kesudahanmu....

kamu,mungkin tidak pernah alami kesusahan ku
tidak mungkin kamu sedar...
akhirnya aku pinta kamu cintailah seperti aku mencintai kamu...
dan kamu lakukan yang terbaik demi aku...

kamu yang kucintai...farhana...

Friday, December 2, 2011

mak...semoga mak cepat sembuh..

salam...mak...adik rindu mak..
adik hanya ada mak saja ...
adik sayang mak...
mak kena kuat...
hadapinya dengan tabah,,,adik terlalui mencintai dan mengasihi mak...
mak segalanya buat adik....

mak...dari hati ini...adik banyak berdosa dengan mak...
ampuni dosa adik...
sungguh mak manusia yang paling adik sayangi...
tiap hari adik doakan mak sihat...
semoga allah mendengar doa adik...


mak kena kuat...bangunla dan kuatkan hati mak...
adik x bisa berdiri dengan sendiri mak,..
adik sayang mak...terlalu sayangkan mak...


adik nk mak tabah...kuat...banyakkan zikir...
mak orang yang baik...allah  xakan menzalimi...
ingatlah mak..kita masuk ke syurga bukan kerana pahala...
atau banyaknya amalan...
tetapi adalah dengan rahmat dan kasih sayangnya...

darimana kita datang ke situ kita akan pulang...
kekuatan kita hanya allah yang tahu mak...
adik sayang mak...

kasih sayang adik hanya untuk mak...
...
ya allah berikan kekuatan kepada kami menghadapi ujian ini...jangan jadikan kami orang2 yang sering melupakaMu...

Amin ya rabbal alaamin.

Wednesday, November 2, 2011

mesej cinta

Awak, awak ingat lagi tak, 1st time kita jumpa kt mana?
Awak, awak ingat lagi tak, 1st time sy komen kt wall awak?
Awak, awak ingat lagi tak, 1st time awak mesej sy?
Awak, awak ingat lagi tak, 1st time awak kol sy?
Awak, awak ingat lagi tak, 1st time awak kata awak dh lama simpan pasaan kt sy?Awak, awak ingat lagi tak, bila sy terima awak?
Awak, awak ingt lagi tak, bila sy tinggalkn awak?
Awak, awak ingt lagi tak, bila sy kembali semula kt awak?
Awak, awak ingt lagi tak, saat sy mula menunjukkan tanda2 sy cemburu?
Awak, awak ingt lagi tak, hari2 kita asyik bergaduh?
Awak, awak ingt lagi tak, sy hari2 membebel kat awak..
Awak, sekarang sy tak panggil awak ni awak dh..
Awak..eyh, silap lak..
B...
Erm, B suh ayg panggil B abg, tp ayg tkmo panggil.
Ayg tkmo pgil B abg sebab ramai sgt dh yg panggil B abg,
Tp, yg panggil B, B hanya ayg sorang kn?~ (^_*)v
B…
Ayg syg B sangat2..
Tp, ayg salu wat B saket ati kt ayg kn?
Ayg salu pandang B ngen jelingan cm marah,
Pastu, B mula ar pegang telinga then wat muka comel..
Siyesly, comel sangat2 bila B gelabah..
Hehe..
B…
I love U so much..
Ayg tau, ayg tk selembut ex2 B..
Ayg tk pndai serba serbi..
Ayg kasar sgt2 kn, B?
Ayg kdg2 biadap sgt2 kn, B?
Kesian kt B..
Tp, ayg nk B tau, ayg cinta B sangat2..
Ayg terima diri B apa adanya..
Seperti mana B terima ayg..
Begitu juga ayg, terima B seadanya..
B…
Ketahuilah oleh kamoo, hanya kamoo di hatiku.. (*_^)v
I love U B..

Tuesday, November 1, 2011

menjadi suami bukan mudah..perlu kepada pencarian isteri yang benar2 layak

Ciri-ciri wanita solehah

anak.jpgibu.jpg
Tulisan ini cuba mengupas ciri-ciri isteri solehah dan kepentingannya kepada kebahagiaan rumahtangga yang bakal dan telah dibina. Satu renungan untuk kembali kepada panduan Nabi s.a.w dalam membina rumahtangga Muslim yang bahagia.
CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH
1. Mencintai Allah dan Rasul
Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…”Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.
Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31
2. Mentaati Ibu Bapa
Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.
3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf
Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-
Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)
4. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.
Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.
5. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.
6. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.
7. Menjaga batas pergaulan
Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.
8. Bersahabat dengan wanita solehah
Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.
Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.