Saturday, March 5, 2011

jgn berpura2 menangis ...benci tgk

taguran imam al ghazali...

Air Mata Palsu: teguran Imam al-Ghazali Kepada Pendengar Tazkirah


AI-Ghazali berkata:

"Ada golongan dari kalangan kaya dan miskin yang terpedaya kerana mereka rasa cukup dengan menghadiri majlis pengajian dan mendengar syarahannya, walaupun mereka tidak mengamalkan nasihat yang disampaikan itu. Orang begini terpedaya kerana tidak sedar bahawa nilai syarahan agama tersebut terletak pada pengamalannya. Kalau syarahan itu tidak mendorong pendengar kepada amalan soleh, maka tidak ada apa-apa manfaat yang diperolehinya. Sesuatu perkara yang menjadi saluran untuk mencapai sesuatu matlamat menjadi penting kerana matlamatnya. Kalau perkara tersebut tidak menolong mencapai matlamat tersebut, nescaya perkara itu tidak berguna lagi. Tetapi orang-orang ini terpedaya dengan faedah mendengar syarahan-syarahan tersebut yang kadang-kadang terlampau ditekankan oleh sesetengah pensyarah. Kerap kali para pendengar ini berasa terharu dan menangis, tetapi mereka tidak berazam untuk menjalani hidup baru yang sesuai dengan kehendak agama. Apabila mereka mendengar sesuatu yang menakutkan, mereka merayu kepada AlIah serta memohon perlindunganNya, seolah-olah semata-mata merayu kepada AlIah sudah mencukupi. Itu semuanya kekeliruan. Orang ini seumpama pesakit yang bertemu tabib untuk mengetahui ubat-ubatnya, tetapi kesihatannya tidak akan pulih dengan pengetahuan tersebut semata-mata. Ataupun orang itu umpama seorang lapar yang tidak kenyang dengan semata-mata mempelajari nama pelbagai jenis makanan.

"Semata-mata mendengar syarahan agama tidak akan berguna pada hari Akhirat melainkan kehidupan seseorang itu diubah dan dibentuk dengan cara yang menuju kepada ketaqwaan dan ingatan kepada AlIah Ta'ala. Sekiranya syarahan itu tidak membawa kesan ini dan tidak menarik perhatian kamu dari dunia ini, nescaya syarahan tersebut akan menjadi saksi terhadap kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya jika kamu fikir bahawa mendengar sahaja sudah memadai, maka kamu terpedaya. "

Petikan daripada Rijal al-Fikr Wa al-Da'wah oleh Mawlana Abu al-Hasan al-Nadwi.

No comments: