salam persidangan...
dan salam 1 ummah gemilang...
fo this evening..aku nk kasi beberapa info yang menarik pada korang
mengenai novel2 yang terBAEK dan terMANTOP di malaysia...
.sungguh aku merasa hampeh melihat lambakan
novel di kedai2 buku di malysia...
semuanya berunsurkan cinta..yang gentrenya lebih kurang je...
terutamanya novel yang ditulis oleh syarifah abd saleem,norhayati berahim,
juan farlo dan lain2 yang bg aku terlalu dhaif....
bukan aku nk mempersendakan novel2 dorang..
tp novel dorang 2 aku sifatkan sebagai bahan crite klasik..
..atau lebih tepat crite2 zaman dahulukala..
zaman p ramlee dan saloma dulu...
betol...aku x menipu...ok kalo x cye jom kite soroti jalan crite bebrapa novel yang x berapa kritikal ni...
>>>>>> mesti dan wajib dalam novel 2..
1) kalo hero 2 kaya heroin pulak mesti plak miskin papa kedana.hidup x cukup makan..ibarat kais pg makan esok
adik beradik plak mesti ramai..n me hero 2 jahat yang amat yang awalnye...begitulah sebaliknya..
2) musuh dalam crite plak mestilah orang2 yang terdekat..seperti sepupu heroin,adik ipar sendiri,mak mertua n saudara mara...
3)penggunaan nama lak mesti yang cgih2.tenku aman dania bin tengku aizril arman shah..bla2 lagi...
mesti adela nama2 cgih ni...x leh ke wat cte nama zainab ke,mawar ke bunga ke...haduih..
4) kalo soal dugaan lak memg hbs sanggupla...renang lautan api pun sanggup.siap berlumba ngn naga lagi...dan berkali2 dilukai dan ditipu still leh tme..kalo korang sempat bce buku andai itu takdirnya memang korang nk muntah hijau...sb cte dia yang sungguh x logik amatlah menipu..
5) bahasa yang digunakan tidak kritikal...yng mne x mengundang pemikiran yang cergas...senang sgt tau kesudahannya...bce muka surat pertama dah tau ennding macam ne...so bg aku jalan cerita mcm ni sebenarnya perlu ditukar menjadi yang lebih seni dan kritis...oleh itu aku cadangkan pada semua pembaca novel sedunia..tukarlah selera anda..agar menjadi pembaca yang maju ke hadapan...n disini aku nak beri beberapa contoh novel2 yang terbaik...antaranya..
Sinopsis Rayyan Fantasi
Dari ehsan Alaf21, berikut adalah sinopsis Novel Terbaru Ramlee Awang Murshid :
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Ramlee Awang Murshid
ISBN: 978-983-124-615-3
RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.
angka 9
Angka 9 mempunyai makna yang berbeza pada persepsi setiap orang. Sewaktu zaman persekolahan dahulu, saya paling takut kalau mendapat angka 9 pada setiap subjek peperiksaan. Angka 9 sebagai tanda kekalahan atau gagal. Ia paling mendukacitakan. Mujurlah saya mendapat angka 2 untuk sastera dan angka 4 untuk Bahasa Malaysia.
Manakala nyawa pula adalah ‘takungan kehidupan’ pada setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini atau mana-mana makhluk yang tidak terlihat oleh mata kasar. Walhal hakikatnya...pada akhirnya nanti...hanya ALLAH sahaja yang akan kekal abadi apabila sangkakala pertama ditiupkan Malaikat Israfil. Hatta...Malaikat Izrail yang ditugaskan mengambil nyawa juga akan turut mati.
Semakin dewasa...kerap terdengar mengenai kucing yang dikatakan memiliki 9 nyawa. Saya mendengarnya sekian lama namun langsung tidak singgah di benak untuk difikirkan. Sehinggalah satu hari...anak saya Muhammad Aizuddin mengatakan bahawa kucing mempunyai 9 nyawa. Bertitik tolak daripada itu, saya mula memikirkannya untuk dijadikan sebuah novel.
Alhamdulilah...novel 9 Nyawa telah selesai dan saya serahkan kepada editor Alaf 21 pada minggu pertama bulan Syawal. Sebenarnya cerita itu boleh ditamatkan pada akhir penghujung ramadan. Bagaimana pun...saya melengah-lengahkannya untuk mencari satu penamat yang tragik. Ia dinoktahkan dengan hukuman mati di Penjara Cipinang Jakarta yang dilaksanakan sepasukan regu penembak.
9 nyawa berkonsepkan drama. Ia mengisahkan cerita dua keluarga yang berada di Kuala Lumpur dan Geylang Singapura. Kehidupan mereka berbeza. Watak utamanya adalah Intan Suryani dan Hakim – seorang lelaki cacat penglihatan. Intan Suryani yang menghidap sakit jantung dipercayai ibunya Azizah memiliki 9 nyawa. Kerap kali menghadapi maut namun ajalnya masih bertahan menunjang jasad. Intan Suryani tetap bernyawa sehinggalah suatu ketika dia terperangkap dalam kehidupan antara hidup dan mati iaitu koma.
Hakim pula dapat mendengar suara Intan Suryani yang bernyawa dalam keadaan halimunan. Tragedi ini berlaku di Singapura. Antara dua kehidupan tidak menghalang untuk Hakim membantu Intan Suryani. Hanya berdasarkan suara sahaja tidak menghalang ‘mata hati’ itu untuk melihat kebenaran. Hakim yang cacat penglihatan juga menggunakan ‘mata hati’ untuk melakukan kebaikan.
9 nyawa saya sifatkan tidak terlalu ganas dari aspek tindakan watak-wataknya. Ia berkonsepkan drama yang mementingkan ‘cara penceritaan’ berbanding ‘tindakan’. Apa pun...9 nyawa masih dalam bentuk thriller. Menumpukan aspek pengorbanan yang seharusnya dilakukan secara tulus ikhlas. Percayalah...kebaikan itu pasti akan dibalas dengan kebaikan juga. Kejahatan pula pasti akan menerima hukuman. Ia dasar biasa dalam aspek penceritaan tradisional mahu pun masa kini. Yang ingin saya tekanan di sini adalah...’Mata Hati Tidak Pernah Berdusta’. Salam hormat...insya-ALLAH...jumpa lagi dalam CINTA SUFI.
cinta sufi
6 comments:
dah beli novel Rayyan Fantasi tu tapi tak sempat baca lg sebab beli dengan 4novel lain..hehehe
andai itu takdirnya dah baca dh..even muntah hijau, tp awk tetap baca kan?ehehehe ^_^
hheeh...bce untuk mengomen...
x rugi wak..rayyan memang terbaik
aku lyn suma novel.. cintan pon lyn smpai mleleh air mata.. tp, aku memg minat r novel Ramlee Awang Murshid.. best gler!!! sngup x tdo mlm lyn novel smapi mak aku pon lyn gak novel.. hahhahha..
hehehe..aku pun minat novel..
tp xdela sampai menangis...
yang nmpak pada logik aku layan gak la..
so suka beli novel la ni?
bolehla,,nk pinjam ek
Post a Comment