Friday, February 25, 2011

sekitar pilihan raya kampus 2011

CERITA SATU...

Kuala Lumpur 23 Feb : Semalam pihak pengurusan Universiti Malaya (UM) tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas calon promahasiswa, Masturah Abu Bakar sekiranya dakwaan dia diculik sengaja direka-reka bagi meraih undi pada pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM), baru-baru ini.
Naib Canselor universiti itu, Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon berkata, buat masa ini, beliau ingin bertemu dengan Masturah bagi mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.
Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya cuba mendapatkan Masturah dan keluarganya namun gagal dihubungi.
“Jika terbukti calon itu mereka-reka berita kehilangannya itu, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib kerana ia memalukan pihak universiti.
“Apa yang kita mahu sekarang adalah pelajar itu perlu mengemukakan jawapan berhubung kejadian tersebut untuk dibawa ke jawatankuasa tatatertib UM,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Masturah, penuntut jurusan Sains Politik Syariah Islam di Akademi Pengajian Islam UM dilaporkan hilang Jumaat lalu selepas membeli kad tambah nilai prabayar di Pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam ketika berkempen untuk pilihan raya itu.
Selepas 30 jam dikatakan hilang, pelajar itu ditemui semula di Masjid Teras Hernang, Bangi tengah malam Ahad lalu.
Masturah kemudian muncul antara calon promahasiswa yang menang dalam pemilihan kelmarin.
Ibu Masturah, Mariam Abdul Rashid, 50, yang juga ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut mengadakan solat hajat yang diikuti dengan ceramah berbau kempen di Dewan Tunku Canselor ketika proses pemilihan MPPUM berlangsung di universiti berkenaan.
Ditanya sama ada pihaknya akan menggugurkan kemenangan Masturah kelmarin, Ghauth tidak menolak berbuat demikian jika terbukti calon itu mereka-reka kejadian kehilangan tersebut.
Bagaimanapun, beliau berkata, ia hanya akan dilaksanakan selepas beliau bertemu sendiri dengan Masturah untuk mengetahui kejadian sebenar selain merujuk kepada pegawai undang-undang .




CERITA 2
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak mengarahkan pihak berkuasa Universiti Putra Malaysia supaya menarik balik keputusan awal mereka membatalkan kemenangani 11 calon kumpulan pro-Mahasiswa dalam pilihan raya kampus Isnin lalu.

NONESebaliknya, kata Saifuddin, beliau hanya memberi pandangan kepada pihak universiti mengenai jalan terbaik untuk menangani isu tersebut.

"Berhubung dengan isu di UPM, saya telah menghubungi Naib Canselor, Prof Dato' Ir. Dr Radin Umar Radin Sohadi pada pagi 23 Februari 2011, apabila dimaklumkan bahawa kemenangan sekumpulan mahasiswa dalam PRK (pada 22 Februari 2011) telah dibatalkan oleh pihak universiti atas alasan yang tidak munasabah.

"Saya ingin ulangi kenyataan saya sebelum ini, bahawa saya “tidak mengarahkan” Naib Canselor, sebaliknya “memberi pandangan” kepada pihak universiti tentang cara terbaik mengatasi isu tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pada saya, alasan membatalkan kemenangan sekumpulan mahasiswa itu tidak wajar kerana:

NONE"Alasannya ialah kumpulan tersebut berkempen secara kumpulan. Saya anggap alasan ini tidak munasabah kerana umum tahu bahawa pihak yang membuat bantahan itu sendiri adalah sebuah kumpulan juga. Ini diakui sendiri oleh seorang daripadanya dalam perbincangannya dengan saya hari ini.

"Pembatalan itu dibuat tanpa memberi peluang pihak yang dibatalkan itu untuk membela diri.

"Jika berlaku pembatalan atas alasan yang tidak munasabah ini, saya bimbang kita akan dilabelkan sama seperti Burma yang tidak mengiktiraf kemenangan Parti Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan Aun San Su Kyi dalam pilihanraya pada 1990, atau AS, EU dan Israel yang tidak mengiktiraf kemenangan Hamas dalam pilihanraya Palestin pada 2006.

NONE"Saya memuji kesediaan dan keterbukaan naib canselor UPM bertemu dan mendengar aduan kelompok mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Malah keterbukaan beliau telah berjaya menyelesaikan isu tersebut dengan baik.

Namun, beliau kesal kerana terdapat juga sesuatu permintaan sekumpulan mahasiswa yang diinginkan daripada pegawai tertentu tidak dilayan sehingga menyebabkan insiden yang tidak diingini berlaku.

"Saya bukan menyokong permintaan mahasiswa itu, saya cuma kesal ia tidak dilayan.

"Saya juga kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan sekumpulan mahasiswa yang menyebabkan kerosakan harta benda awam.

"Pun begitu, saya percaya jika permintaan kumpulan tersebut dilayan, maka insiden tersebut mungkin tidak akan berlaku," katanya.

upm scuffle 230211Semalam, pintu kaca bangunan pentadbiran UPM yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, pecah selepas dirempuh sekumpulan mahasiswa pro-M.

Mereka dilaporkan bertindak demikian selepas Dr Mohd Fauzi enggan memberikan penjelasan mengapa kemenangan calon mereka dalam pilihan raya kampus itu kelmarin dibatalkan. Difahamkan mereka berkumpul di bangunan selama 19 jam - sejak jam 10 malam kelmarin.

Ia ekoran keputusan pentadbiran universiti menarik balik pembatalan kemenangan 11 calon pro-M selepas menolak tiga bantahan kerana "tidak berasas disebabkan di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM 2011 dan kesalahan teknikal".

TNC HEP kemudian memanggil beberapa wakil pelajar untuk berbincang dan beliau bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjutan dengannya mereka pagi ini.

upm scuffle 230211Bagaimanapun, ia dibatalkan atas permintaan pro-M 'kerana susana masih panas'.

Sebaliknya, mereka mencadangkan pertemuan itu diadakan selepas solat Jumaat esok di Kolej Kediaman 13.

Menurutnya, cadangan tersebut telah dimaklumkan kepada pegawai TNC HEP dan telah dipersetujui.

Antara yang akan dibincangkan, katanya, adalah mengenai cadangan mereka berhubung penambahbaikan pilihan raya kampus.

Sementara itu, Saifuddin telah mengadakan pertemuan berasingan dua kumpulan mahasiwa UPM berhubung isu berbangkit dalam pilihan raya kampus di UPM Isnin lalu.

Dua kumpulan mahasiswa tersebut ialah kumpulan Pro-Aspirasi UPM dan Persatuan Mahasiswa Islam UPM.

NONEDalam kenyataan yang sama, Saifuddin berkata,, dalam kedua-dua pertemuan itu, beliau menekankan bahawa pilihanraya kampus (PRK) seharusnya dijadikan medan terbaik memberikan pendidikan politik dan demokrasi kepada mahasiswa.

Menurutnya, pendidikan politik dan demokrasi seharusnya merintis ke arah amalan demokrasi yang lebih matang di negara ini.

"Dalam konteks PRK, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan mahasiswa atau mana-mana individu yang bertanding.

"KPT juga mahu PRK menjadi gelanggang politik yang sihat dan menyuburkan idealisme mahasiswa; dijalankan dengan, licin, telus dan adil; serta meningkatkan partisipasi mahasiswa dalam proses tersebut," katanya.
CERITA 3

Kemenangan Pro-M UM Dibatalkan?

February 24, 2011 No Comments Kuala Lumpur : Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia mendakwa terdapat pencabulan demokrasi dalam memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Pilihan Raya Kampus 2010/2011.
Presidennya, Mohd. Shahar Abdullah, 30, berkata, pencabulan itu berlaku khususnya di Universiti Malaya (UM) kerana terdapat campur tangan daripada parti politik ketika kempen pilihan raya kampus berjalan baru-baru ini.
“Pas misalnya terang-terangan campur tangan dalam proses pilihan raya di UM dalam isu kehilangan calon wanita daripada Kumpulan promahasiwa, Masturah Abu Bakar.
“Ibunya, Mariam Abdul Rashid yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Selangor mengadakan solat hajat diikuti ceramah berbau kempen di Dewan Tunku Canselor ketika proses pemilihan berlangsung di universiti itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Masturah dilaporkan hilang ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, namun ditemui 30 jam kemudian dalam keadaan selamat tetapi lemah dan enggan bercakap.
Kehilangan pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam itu disedari rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd. Mansor sejak pukul 5 petang, Sabtu lalu sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Pantai pada pukul 12.20 tengah malam hari yang sama.
Sehubungan itu, persatuan tersebut yang terdiri daripada bekas-bekas MPP sejak 2000 hingga 2010, mendesak Kementerian Pengajian Tinggi membatalkan keputusan dan mengadakan semula pilihan raya kampus di semua IPT.
“Ini bukan pilihan raya umum, seharusnya tidak perlu wujud sebarang campur tangan daripada mana-mana parti politik dan sepatutnya mahasiswa diberi kebebasan bagi menggerakkan agenda dan masa depan mereka sendiri,” katanya.
Shahar turut menggesa pihak polis menyiasat laporan kehilangan Masturah secara terperinci.
“Walaupun Masturah telah ditemui, kami mahukan kebenaran, adakah benar-benar dia diculik?” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Penggerak Mahasiswa UM, Mohd. Asri Zulkifli meminta tindakan tegas dikenakan terhadap Masturah Abu Bakar dan kumpulan promahasiswa kerana membelakangkan peraturan universiti.



MACAM2 LA...AKU YANG DUK KAT UM NI RASA NK PENGSAN...BNYK SANGAT PROVOKASI...XPELA PADA YANG MUNGKAR 2 AKAN DPT BALASAN...SAMA ADA DI DUNIA MAHUPUN AKHIRAT...

No comments: