Wednesday, February 23, 2011

alquran mukjizat agung

AL-QUR'AN MUKJIZAT TERAGUNG 

 

Tahukah umat Islam,setiap kita memiliki mukjizat sehingga akhir zaman?
Yang dimaksudkan ialah Al-Quran,Mukjizat terbesar daripada Allah kepada insan agung,
Muhammad Saw,sebagai petunjuk baku penuh ilmu (hikmah)kepada umatnya.

Tnggal 17 Ramadan diwartakan sebagai cuti umum bagi kebanyakan negeri di Malaysia. Tujuan utama hari kelepasan am tersebut ialah bagi memberi kesempatan kepada umat Islam mengisi program yang berkaitan dengan sejarah penurunan al-Quran, serta fungsi al-Quran sebagai asas pegangan akidah, syariat dan akhlak umat Islam, di samping al-hadith. Al-Quran ialah kesinambungan kitab-kitab suci yang terdahulu, iaitu Taurat, Zabur dan Injil.
Antara naskhah tulisan tangan yang dipamerkan di Masjid al-Haram, Makkah

Al-Quran diturunkan kepada utusan Allah yang terakhir, iaitu Junjungan Baginda Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Ayat pertama yang diterima oleh baginda ialah Iqra', yang bererti "bacalah". Ertinya, kekuatan pertama orang beriman ialah membaca dengan nama Tuhan yang menciptakan manusia melalui proses yang begitu teratur.
Ia juga membawa risalah gembira dan peringatan.Namun ramai manusia tidak mengetahuinya.
Al-Quran adalah pedoman bagi manusia memahami diri,persekitaran dan juga ciptaan Allah agar mereka dipandu memahami hakikat diri,ciptaan dan alam ghaib.
Ia juga mengandungi kisah kaum terdahulu dan perjuangan Rasul dan Nabi menghadapinya.

Terdapat juga prinsip syariah dan batas boleh dan larang untuk dipatuhi dan ditaati manusia. Begitu juga dengan ilmu memahami diri,diluar diri dan hubungannya dengan Pencipta dan ciptaan-Nya.
Malah,Al-Quran adalah penyuluh ilmu,cara hidup dan ibadat supaya sejarah silam menjadi peringatan dan pengajaran.Al-Quran menjadi sumber pembentuk watak seperti Sayyidatina Aisyah ra terhadap Rasullulah saw yang memiliki budi pekerti Al-Quran.Memahat diri dengan rasa cinta Al-Quran dipanggil Qurani.
Watak Al-Quran bak lambang tarbiyah rabbani.Al-Quran diturunkan mempunyai pertalian
dengan realiti Makkah dan Madinah.Makkah melambangkan pembangunan akidah,akhlak dan jihad.Madinah pula kepada pembangunan ukhuwah,syariah dan perlaksanaan sistemnya.

Sirah Rasullulah saw membuktikan dengan jelas bagaimana proses tanzil berjalan selama 23 tahun,membentuk watak,sahsiah dan akhlaknya.Baginda menjadi contoh terbaik untuk diikuti,sebagai rahmat kepada seluruh alam. sifat Baginda sempurna.
Kewafatan baginda bukanlah penamatan bagi segala-galanya. Baginda telah memohon kepada Allah SWT semata-mata untuk membantu umatnya di akhirat kelak. Baginda memberi syafaat kepada yang layak. 
Oleh itu, janganlah kita sombong dan bongkak akan kehidupan dunia ini. Tunaikanlah apa yang diperintah. Rakan-rakanku , sama-samalah kita berubah dalam kebaikan. Anggaplah pemergian Nabi Muhammad SAW itu sebagai satu motivasi kita dalam menunaikan ibadah untuk bertemu dengan insan agung ini. InsyaAllah sama-sama kita berusaha untuk menggapainya.



Kalau boleh,selalulah membaca Al-Quran . Kadang-kadang saya tertinggal juga. Tapi itulah manusia. Sentiasa dipenuhi nafsu. Nafsu yang tidak didorong oleh kebaikan. 

Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan ketika berada di timbangan Mizan dan melepasi titian Sirat dalam menuju tempat yang tiada bandingan iaitu SYURGA.

8 comments:

d_tieah said...

Tak tau nak komen ape..

Dewi Sepi said...

betul...besar fadhilat bace Quran nie...satu huruf dah dpat 10x pahala, kalau satu ayat? subhanallah... betapa pemurah dan pnyayang Allah kan?

Dewi Sepi said...

betul tu...besar fadhilat bace Quran nie kan? kalau satu huruf dah dpat 10x pahala, klu satu ayat msti berganda2 phala...subhanallah...kuasa dan kmurahan Allah tiada tolok bandingnya...

si pembawa sinar said...

yer dewi....memang berganda2...thnk yer lawat

pengubat luka said...

penulisan yang bermanfaat...
nice blog...
thumbs up~~
teruskan perjuangan..
semoga berjaya..=)

si pembawa sinar said...

pengubat luka...
thank yer...dtglah lagi yer...

HusnaA said...

Al-quran itu petunjuk bagi manusia,ajaran yang terkandung dalam al-quran melahirkan suatu kesatuan dalam membentuk pribadi manusia dari dahulu hingga sekarang.berpeganglah dengannya....

si pembawa sinar said...

thank semua....sukran