Saturday, January 22, 2011

hukum menyanyi....tolonglah penyanyi kat malaysia ni bace blog aku

Hukum Menyanyi

Menurut Ulama' Yusuf Qardawi hukum menyanyi itu asalnya HARUS.Bagaimanapun ia akan bertukar kepada hukum Makruh dan seterusnya bertukar kepada Hukum HARAM berdasarkan 5 perkara.5 perkara tersebut ialah:

1.LIRIK
Selagi mana lirik/senikata sesebuah lagu yang dinyanyikan itu tidak bertentangan dengan hukum syarak,selagi itulah hukum menyanyi itu tidak jatuh hukum HARAM.Tapi sebaliknya jika lagu itu mengandungi lirik/senikata yang lucah,jahat,mencabul,tidak elok,syirik dan sebagainya,maka hukum menyanyi/lagu itu jatuh kepada hukum HARAM.

2.MUZIK
Apabila peralatan mahupun bunyi muzik itu sendiri boleh menaikkan/mendatangkan shyawat,maka hukum menyanyi/lagu itu adalah HARAM.

3.PEMBAZIRAN
Membazir itu adalah amalan syaitan,oleh itu sekiranya lagu/nyanyian itu sendiri perlu dibayar dengan kos yang tinggi,yang mana mencecah puluhan ribu ringgit untuk di perdengarkan kepada khayalak,itu adalah satu pembaziran,yang mana ini boleh menjadikan hukum kepada menyanyi/lagu itu tadi jatuh kepada hukum HARAM.

4.CARA PENYAMPAIAN
Hukum menyanyi/lagu itu akan jatuh kepada hukum HARAM apabila,sama ada yang menyampaikan nyanyian/lagu itu,penyanyi latar,penari-penari latar dan yang memainkan alat muzik itu sendiri tidak menunjukkan ciri-ciri akhlak mulia.contohnya;terpekik-terlolong,melompat tidak tentu arah,pakaian yang tidak menutup aurat,penyanyi latar yang bukan muhrim bersentuhan dengan lelaki dan perempuan dan sebagainya.

5.TIDAK BERCAMPUR LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BUKAN MAHRAM
Sekiranya yang bukan mahram bercampur aduk dalam satu majlis nyanyian/konsert,sama ada yang menyanyikan,penari-penari latar,pemain-pemain muzik ataupun yang menyaksikan,maka hukum menyanyi/lagu itu jatuh kepada hukum HARAM.

1 comment:

Nokimeka said...

a'ah kn knp org2 islam skrg ne main bantai je soal2 y mcm ne kn???sedih la ak...artis kita ne..patutnye jadi contoh y baik bkn jadi contoh y jahat kp peminat2..